28 April 2011

Hello Polis,Tali Gitar Saya PUTUIH !

Assalamualaikum..
sbnarnye tajuk post aku ni xde kena mengena pon ngan ape yang aku nak tulih ni..saje je aku nak blogwalking kt blog sendiri td..(perggh!gila punya sawang!)..haha..lame dol x update blog..so alang2 aku dah sawan bosan ni,aku tulih la siket bagi tak berhabuk sgt benda alah ni..

pagi2 buta tadi aku lepak mamak tgk bola..(apehal cite pasal bola plak ni???)aku ni sbenarnye supporter tegar man united ngn real..tapi bila tgk game real ngn barca pg td,aku rasa mmg barca layak menang..(aku tipu je ni!)HAHA..ala,ok lah tu..at least real da buleh sampai semi final..sblom ni quarter pon tak smpai kot..ape2pun aku harapkan yg terbaekk ntok real madrid nanti..hala madrid!!

(gila kontot post aku ni..haha..aku pon taktau knape aku berkecimpung dlm bidang tulih2 ni..padahal x reti pon nk tulih2 mcm korang2)

08 January 2011

Harga diri

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota ini dilambung graviti.Ery yang duduk disebelah sudah beberapa kali terjaga dari tidur,dengkurnya makin menjadi.Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur.Sekejap Radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.Mengeluarkan bunyi seperti kerbau.

Perempuan sial.Sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu.Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu.Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit.Memunggah ikan.Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya.

Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.Aku hempas pintu serta merta.Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang.Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.Di tangannya ada satu baldi buruk berisi air sabun dengan tuala koyak di bahu.Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka.Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput.Menjijikkan.

" Basuh sajalah, tapi, awas.Kalau calar kereta aku.Tahulah macam mana aku nak ajar kau."kata aku sambil meliarkan mata pada Ery.Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu.Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut.Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta.Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau.Pengotor, sial!Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah.Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!

" Sudah nak." Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5.Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu.Tunduk dan menangis tersedu-sedu.Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit."Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu.Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.Aku pandang sahaja dengan kosong.Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat.Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur.Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.Bekerja seperti orang gila untuk duit.Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana.Lupakan saja.Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.Hampir 10 minit,naik meluat aku apabila melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang.Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu.Mustahil.Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir.Mungkin.

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya.Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik.Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?" .

Bunyinya seperti meninggi.Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika.Pahit menelan air liur.Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu.Terkejut dan malu.Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu.Kami ini orang susah, nak.Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak.Kalian pekup hidung melihat kami.Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah.Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang.Harga diri kami masih kuat.Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik.Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit.Di tapak kaki.Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri.Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak.Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya.Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Cinta vs suka

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar... .

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang
yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis... .
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...

Tetapi, hakikatnya... .
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi... .
Kasih sayangmu tuhan
Itu yang kudambakan
Dengan rahmatmu
Ampunilah dosaku.

Awas tandas duduk!

Ramai orang ketika menggunakan TANDAS UMUM,terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas duduk untuk menghindari terkena bibir mangkuk yang dirasakan kotor.Namun tindakan ini akan membuat orang tersebut berada pada kedudukan yang sangat berbahaya.

Mencangkung diatas tandas duduk adalah sangat DILARANG kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein.Ia tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu titik.

Berikut adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana tandas duduk tersebut terbelah ketika seorang gadis duduk mencangkung ketika menggunakannya.Foto-foto ini diambil ketika dia diberi pertolongan oleh Pasukan Medik.


















So,berhati-hatilah korang walau sakit perut macam mana pun..hehe..jangan sampai kita pulak jadi macam ni..aiyyoooaaa!